INTERVENSI ‘ART THERAPY’ : SATU PENDEKATAN KAUNSELING
Kata Kunci:
Terapi Seni, Kaunselor, KlienAbstrak
Seni digunakan bukan sahaja untuk menzahirkan bakat malahan juga sebagai alat untuk meluahkan emosi dan kenyataan kendiri individu. Kaunselor perlu berkemampuan untuk menilai, merawat dan mengkaji masalah kanak-kanak melalui seni visual yang mempunyai kuasa menakjubkan dan boleh dijadikan pemangkin kepada suasana terapeutik untuk menyembuhkan serta membina karakter dan sahsiah. Kaunselor yang menggunakan pendekatan "client-centered" perlu membenarkan klien khususnya kanak-kanak untuk memilih jenis bahan untuk ekspresi diri mereka melalui seni. Kaunselor perlu mengamati klien melalui lisan, bukan lisan, bahasa tubuh dan mentafsir lukisan klien untuk memahami, membuat penerokaan dan membaca gambaran fikiran klien serta kaitan dengan dengan kehidupan mereka dan segala yang berkaitan dengan mereka. Terapi seni melibatkan seni kreatif untuk mempertingkatkan kesedaran kendiri seseorang. Ini termasuk aspek perkembangan kendiri, increase coping skills, dan mempertingkatkan perkembangan kefungsian kognitif seseorang. Berlandaskan kepada teori personaliti, perkembangan manusia, psikologi, ekologi keluarga dan pendidikan seni maka kaunselor ini dilahirkan. Kaunselor perlu dilatih untuk menguasai ke dua-dua bidang iaitu seni dan psikologi.
Kaunselor juga boleh membantu mereka yang mengalami masalah yang lebih serius seperti autism, brain injuries, eating disorders, cancer, post traumatic stress disorder (PTSD), depression, etc. Walau bagaimanapun untuk individu yang percaya bahawa mereka tidak menghadapi apa-apa masalah, boleh juga menggunakan terapi seni untuk meneroka diri mereka secara lebih mendalam bersama terapis yang pakar untuk mengendalikan terapi seni ini. Sebagai rumusan, terapi seni sesuai untuk digunakan kepada semua orang sama ada yang mengalami masalah ataupun sebaliknya.